Fikh Munakahat 1.0

Masjid Haji Muhammad Salleh @ Maqam Habib Noh akan menganjurkan kelas baru Fikh Munakahat 1.0 yang akan membincangkan aspek-aspek pernikahan dan kehidupan rumahtangga menurut hukum Islam.

Perserta berpeluang mempelajari dan memahami:

  • Asas hukum-hakam yang berkait dengan pernikahan.
  • Kepentingan dalam memahami perkara yang bersangkut-paut dengan nikah.
  • Persiapan sebelum rumahtangga.

Kelas Fikh Munakahat 1.0 sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Akan mendirikan rumahtangga.
  • Sudah pun mendirikan rumahtangga, sama ada baru ataupun lama.
  • Ingin mengulangkaji semula ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam bab perkahwinan.

Kelas ini akan dipimpin oleh Ustaz Abdul Hafiz, Pegawai Dakwah Kanan MHMS yang berpengalaman dalam ilmu Fiqh.

Kelas akan diadakan setiap hari Jumaat (4 sesi), bermula 24 May hingga 14 Jun 2024, dari jam 7:30 malam hingga 9.00 malam. Tempat terhad kepada 10 peserta sahaja, jadi pastikan anda mendaftar segera!

Lokasi: Masjid Haji Md Salleh @ Maqam Habib Noh,
Bilik Seminar Tingkat 2

Untuk mendaftar, sila isikan borang di sini.

Borang Pendaftaran

13 + 12 =